Tuesday 21 February 2017

Ayam Goreng Milky Butter Versi Bandar Puncak Alam

Alhamdulillah. Baru hari ni dapat update resepi. Maklumlah, agak sibuk dengan jadual harian bertemu client & bersama keluarga. Lagi sibuk, pada penghujung 2016, saya sekeluarga dikurniakan rezeki (dapat memiliki kediaman baru untuk berteduh. Sebelum ni, menyewa je). Alhamdulillah..

Kegembiraan dalam diri ni masih ada lagi ni. ;-)

Jadinya, saya nak belanja resepi yang rata-ratanya semua orang tahu macam mana nak buat lauk istimewa ni. Resepi berjudul Ayam Goreng Milky Butter Versi Bandar Puncak Alam. Mesti akak-akak semua tertanya-tanya, kenapa versi Bandar Puncak Alam, kan? Sebabnya, di kawasan inilah kediaman baru saya sekeluarga.

Adui, panjang pula berceloteh. Meh kita tengok bahan-bahannya:
» Ayam (yang dah siap dipotong. Nak potong berapa pun boleh. Tak kesah).
» Butter
» Bawang besar (3 biji saiz sederhana)
» Bawang putih (2 ulas)
» Daun kari (beli di kedai, ianya dah siap ikat. Saya ambil 1 ikat ke)
» Susu cair
» Minyak masak
» Tepung gandum
» Tepung jagung
» Serbuk kari
» Garam

Cara pelaksanaannya:

A. Penyediaan ayam
1. Basuh ayam sebersih yang boleh. Saya ambil 8 ketul ayam (untuk 3 orang makan). Toskan airnya.
2. Setelah dibersihkan ayam tadi, gaulkan dengan serbuk kari sehingga rata di semua permukaan ayam (agak-agak je nak taburkan serbuk kari pada ayam tu).
3. Gaulkan juga dengan tepung gandum dahulu sehingga rata.
4. Lepas tu, gaulkan pula dengan tepung jagung. Sukatannya, saya agak-agak (dalam 5 sudu je) je supaya dapat disaluti ayam tu.
5. Perapkan ayam tu dalam 2 minit
6. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Sukatan minyak pun, agak-agak juga. Yang pasti, ayam tu separuh tenggelam di dalam minyak masak.
7. Goreng ayam seperti biasa.
8. Dah nampak warna keperangan, angkat ayam dan toskan ayam tu.

B. Penyediaan kuah Milky Butter
1. Kupas bawang merah dan putih. Seterusnya basuh bawang ni.
2. Hiris bawang ni ikut citarasa kalian. Bawang merah ni, saya hiris tebal sebab nak rasa bawang. Bawang putih, saya hiris nipis.
3. Basuh daun kari.
4. Panaskan kuali.
5. Dah panas minyaknya, tumis bawang besar, bawang putih. Ikut sukahati you all. Nak layu ke, nak kenyal-kenyal pun boleh.
6. Bau dah naik, terus masukkan daun kari. Kita goreng dia. Perrgghhhh tiba masa yang ni, akan menguji kesabaran perut you all semua. Ikut sukahati you all nak goreng berapa lama. Yang penting, jangan hangus ye.
7. Tuangkan susu cair ke dalam kuali tu. Saya tuang 3/4 isipadu susu dalam tin. Biarkan mendidih sekejap.
8. Dah nampak mula mendidih, masukkan ayam goreng tadi.
9. Golek-golekkan ayam dalam kuali tu. Siram-siram ayam goreng agar rata semuanya.
10. Jika nak pedas, tambah la cili. Saya tak letak sebab nak buatkan anak anak.

Tadaaaa.. Dah siap. Selamat menjamu selera !!!


Tadaaa.. Dah siap.. Maaf ye.. Gambar kurang memuaskan..

Sunday 24 January 2016

RESEPI SUP REMPAH MAMAK PENANG

RESEPI SUP REMPAH MAMAK PENANG

BAHAN-BAHAN:
500gm Daging kambing / Lembu.
1kg tulang kambing dijadikan "broth" atau air rebusan untuk sup.
4 biji bawang labu sederhana besar. Perlu dikisar halus.
2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih / 5 ulas bawang putih dan 2 inci halia.
2 keping kayu kayu manis (2").
5 biji buah pelaga.
3 kuntum bunga lawang (star annise).
1/2 sudu (tsp) kecil garam masala (kalau ada dalam simpanan kalau tiada tak apa).*
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk lada sula.*
1 sudu besar serbuk jintan putih (cummin powder).*
1 sudu besar serbuk ketumbar (corriander powder).*
3 pokok daun ketumbar, kalau baunya tak suka gunakan daun sup saja.
2 pokok daun bawang dihiris halus untuk dihiaskan ke atas sup.
Bawang goreng untuk hiasan juga.
Garam secukup rasa.

Nota: Tanda (* ) bermakana rempah-rempah ini perlu disediakan dengan goreng kering dan dikisar halus supaya ia lebih harum dari rempah yang belum digoreng kering. 

Sekiranya anda tidak mempunyai rempah tersedia, gunakan saja rempah kurma 150gm. Kalau tidak ada rempah kurmak gunakan rempah sup adabi, mamak haji rasa rempah sup adabi tersedia bahan-bahan rempah-rempah yang mamak haji sebutkan tetapi baca dulu air yang perlu digunakan. Semoleknya sediakan rempah sup anda sendiri sekiranya ingin rasa sup mamak yang klasik yang segar.


CARA PENYEDIAAN:

1. Seperti mamak haji terangkan kelazatan sup ini banyak bergantung kepada penyediaan "broth". Basuh tulang-tulang kambing. Sediakan sebuah bekas, hidupkan api dapur dan masukkan tulang kambing. Kacau rata tulang-tulang ini supaya ia sedikit terbakar melalui kepanasan bekas merebus. Masukkan 3 liter air kedalam bekas rebusan tulang. Masukkan satu batang celeri telah dihiris dan hirisan 1 biji carrot kedalam air rebusan tulang. Jangan masukkan garam. Biar air rebusan ini mengelegak. Bila air mula mengelegak, perlahankan api dan biar ia direneh selama 1-2 jam. Semasa reneh tutup tudung periok. Selepas dua jam tutup api dan sejukkan. Tapis airnya dan simpan untuk membuat sup. Ia juga boleh disimpan dalam peti sejuk selama seminggu. 

Sebelum anda buat sup eloklah disediakan air rebusan ini.

1. Panaskan bekas buat sup, dan masukkan air rebusan tulang tadi dengan menapis airnya, masukkan Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. masukan halia bawang putih. Masukkan rempah serbuk seperti serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar.

2. Masukkan air bawang yang telah kisar. Masukkan daging kambing yang telah bersihkan dan saiz yang anda kehendaki.

3. Biarkan sup mendidih, selepas mendidih perlahankan api dapur dan direneh sehingga daging kambing masak. Masukkan garam dan rasa apa yang tak cukup atau terlebih, ia sungguh mudah untuk kita mengubah mengikut selera kita sendiri.
Nota: kalau diperhatikan mamak haji tidak tumis perencah-perencah sup ini. walau pun ramai yang menumis dahulu sebelum masukkan dalam sup. Seperti mamak haji katakan variasi membuat sup ini berlainan. Bila kita tumis kemungkinan bau haruman akan semerbak didapur dan tetapi bukan dalam sup.

4. Sup kambing perlu dijamu semasa supnya masih berada dalam keadaan panas. Taburkan daun sup dan bawang goreng keatas sup yang dihidangkan. Ia amat lazat sekiranya di makan bersama Roti Benggali. Sup kambing rempah mamak ini sesuai dihidangkan semasa cuaca sejuk kerana ia akan memanaskan tubuh badan kita serta merta. Ia juga amat sesuai untuk suri rumah yang dalam pantang selepas bersalin. Semoga dapat cuba resepi ini dan perelokan lagi mengikut cita rasa anda sendiri. Mamak haji memberi penerangan berjela-jela ini supaya anda faham dan membolehkan anda cipta resepi sendiri mengikut selera anda.

Selamat mencuba.

Sumber FB

Saturday 19 December 2015

Pizza Guna Roti Gardenia?


Resepi Pizza Hut tanpa perlu menguli roti.

Ni lah resepi yang kami nak kongsikan pada ampa semua cara-cara nak buat pizza tanpa perlu menguli roti. Maaf la naa pasai lambat.

Okey inilah cara-caranya..
A) Dapatkan 1 buku roti gardenia. Susun dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti still lembut selepas roti di bakaq nanti. Pehtu uolls sapu roti tu dengan tomato puri.
B) Letak kepingan cheddar cheese ke atas roti yang dah di sapu tomato puri tadi.
C&D) Kemudian letakkan kepingan sosej , cendawan butang, lada banggala tp bukan orang bangla hihi, kepingan ayam dadu atau ikut suka uolls laa nak letak apa ikut selera dan bajet uolls semua. Tapi pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi. Akhir sekali uolls taburkan mozarela cheese (bahan yang ni yang paling mahal sekali) untuk mendapatkan cheese yang bertali-tali apabila di makan nanti.
E) Uolls bakaq pizza dalam oven lebih kurang 15 minit. Time ni memang best sebab satu rumah bau pizza.
F) Dah masak, potong la pizza tersebut ikut suka uolls..

Selamat mencuba uolls..

Friday 24 April 2015

Adab Memasak (Manners Cooking)

Adab2 Memasak

Memasak ni sangat penting sahabat2. Tok2 guru pondok kita sangat jaga bab makan sampai tak izinkan anak murid makan di luar sebab takut termakan masakan orang yang tak solat dan tak bersih sebab akan mematikan hati. Dalam kitab pun sebut bab ini

Saya dapat khidmat sebagai penyedia makanan dan memasak untuk para jemaah yang keluar di jalan Allah

Saya nak kongsi adab2 memasak dari mudzakarah masturat. Sangat2 hebat mereka para2 isteri para jemaah menjaga adab masakan pada suami dan anak2

1. Berwuduk dan solat 2 rakaat

2. Baca doa masuk dapur surah alkahfi ayat 10

ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ

Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami

3. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96

ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ

Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa
yang di sisi Allah adalah kekal

4. Doa cuci beras

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ ُ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi
kami makanan yang lebih baik darinya

5. Doa letak beras dalam periuk

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ

Segala puji bagi Allah yang telah mmberikan makan setelah lapar

6. Doa letak air dalam beras

ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ

7. Doa mengacau sayur ke arah kanan dan lawan arah jarum jam 
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ

Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu
selain Allah

8. Doa potong sayur dan daging ayat Al baqarah 71

ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

9. Doa cuci sayur 
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ

10. Doa menghaluskan perencah: Surah al kautsar ayat 1 hingga 3

Kalau tak mampu buat macam ni cukuplah sekadar berselawat, baca hafazan alquran, zikir dan JANGAN bercakap hal2 dunia semasa memasak. InsyaAllah

Sila amalkan untuk mendapatkn redha dan berkat dalam keluarga. InsyaAllah.. Supaya beroleh keluarga dan anak2 yang soleh dan solehah. Pentingnya air tangan orang yang memasak

Wednesday 22 April 2015

Penyediaan Bar Bounty Yg Sungguh Mengujakan!!!


Cara Buat Bar Bounty

Bahan-Bahan:

+ 400g coklat - Boleh guna coklat cadbury atau jenama lain.
+ Kelapa kering/parut
+ susu pekat manis

Cara Membuat:

1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiled.

2. Gaulkan kelapa dengan susu dan gumpalkan. Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tak terlalu basah atau terlalu kering.

3. Simpan sekejap bahan dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.

4. Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair dan bekukan sekali lagi selama 15 minit.

~ Selamat Mencuba ~

Sumber: FB

Saturday 14 March 2015

Nuget Ayam Buatan Sendiri

Langkah2 mudah dalam penghasilan nuget ayam sendiri.

Bahan-bahan:
200 gm daging ayam kisar
2 butir telur - ambil putih sahaja
1 sudu kecil serbuk kari
100 gm serbuk roti
½ labu bawang besar - cencang
Sedikit lada sulah
Sedikit serbuk perasa ayam - jika suka
Sedikit minyak masak

Cara-cara menyediakannya:
1. Satukan daging ayam kisar dengan putih telur.
2. Kemudian campurkan dengan serbuk kari, serbuk perasa ayam dan lada sulah.
3. Akhir sekali campurkan dengan serbuk roti dan gaul hingga sebati.
4. Setelah bahan sebati, ambil sedikit dan dibentuk mengikut kesukaan anda.
5. Apabila hendak dinikmati, goreng nuget sehingga kekuningan.

Nota: sebaiknya nuget disimpan dalam peti sejuk beku sekurang-kurangnya setengah jam sebelum dimasak agar ia mengeras dan terbentuk dengan elok.



Sumber: Majalah Keluarga


Monday 9 February 2015

Jenis & Kegunaan Tepung Beras

TEPUNG BERAS..

yang patut anda tahu bila nak membeli...
Ada pelbagai jenis tepung beras.. pasti ada yg tak terfikir apa bezanya...bagi kita asal tepung beras semuanya sama
Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara thailand...
Pasti ada yg tak perasaan kan
Hari ni akan diterangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada

TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
*Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek...keladi..cempedak...adunan gorengan ikan...seperti goreng mamak..goreng berempah...
*tepung ini sangat ranggup
*sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall

TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
*sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci...kuih apam beras eno...dan pelbagai lagi jenis kuih
*ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat
TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
*sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
*sebab ia lebih kental

TEPUNG BERAS CAP TERATAI
*Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam.
*kalau buat apam rasa tepung nya kurang
*jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup