Wednesday, 23 July 2014

Petua hilangkan hanyir ikan

Kini ramai wanita atau #surirumah yang tiada masa untuk memasak dan mengambil jalan senang dengan menyimpan barang-barang basah di dalam peti untuk satu jangka masa yang agak lama.

Tahukah anda apabila anda menyimpan barang basah contohnya seperti #ikan untuk seminggu dua, ia akan #berbau #hanyir apabila dibiar seketika di luar peti.


Oleh itu kali ini kami ingin berkongsi beberapa petua berguna untuk menghilangkan hanyir ikan.


Pertama setelah ikan siap di siang dan dipotong, basuh dengan bersih kemudian toskan air basuhan ikan. Lumurkan ikan dengan asam jawa dan biarkan seketika. Selepas itu cuci bersih dan bolehlah memulakan proses memasak.

Kedua sama sahaja seperti cara satu, tetapi cuma gantikan asam jawa dengan perahan limau nipis, lumurkan ikan dengan perahan limau nipis, perah sampai tinggal hampas limau nipis pada ikan dan biarkan seketika. Kemudian cuci bersih.


Ketiga lumurkan ikan yang dah disiap siang dan dipotong tadi dengan tepung jagung dan letakkan air sedikit. Pastikan tepung jagung kena pada semua bahagian ikan dan biarkan seketika.

Selamat mencuba!