Thursday, 29 May 2014

Apam Balik VS Dorayaki

Apam balik yg sedap dimakan sewaktu pagi & petang
Nak kongsi resepi apam balik yg senang dan lembut.
Selama ni asyik beli je...,apa kata kita pakat buat sendiri,
Jimat dan sedap, lg pun boleh taruk jagung bnyak2. x kena cas lebih pun...,hihi.

Bahan2:
2 Cwn tpg gandum.
1 1/2 Cwn air.
1/3 Cwn gula.
2 bj telur.
1 sudu teh baking powder.
1 sudu teh yis mauripan.
2 sudu besar minyak masak.
Secubit garam.
Sedikit pewarna kuning telur.

Bahan tabur.
Kacang tanah yg telah di kisar ( ikut suka).
Gula ( ikut suka)
1 tin Jagung ala cream.
Mentega (ikut suka)

Caranya.
Saya guna blend je, senang dn cepat.
Blend telur dan gula hingga kembang
Masukan baking powder,yis ,minyak dan garam, blend lg,Masukan air,blend lg,
Masukan tpg,blend lg.
Masukan pewarna blend lg.
Dah siap....,perap 1 hingga 2 jam.
Guna kuali non stikc, x perlu taruk minyak.

Saya buat yg kecik2, taruk inti bnyk2 pun dia x kuar,
senang sket nak makan.
Kalau buat besar,bila potong isinya meleleh2, keluar. 

Dorayaki kegemaran Doraemon
sumber:fb

Wednesday, 28 May 2014

Tips Memasak Sotong


Assalamualaikum semua..
Ptg ni nak tunjuk kat anda semua bagaimana nak pastikan sotong yg kita masak tu tidak liat sewaktu makan.. ni sekadar cuba try test.. insyaallah jadi..

 


Pasti ramai termasuk anda menggemari makanan laut terutamanya sotong. Namun setiap kali memasak sotong, pasti ramai yang tidak berpuas hati dengan hasilnya.

Hal ini berlaku kerana sotong yang dimasak menjadi agak liat dan kurang menarik iaitu tidak kembang dan putih seperti di restoran. 

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi petua yang dipetik dari sebuah portal yang boleh anda jadikan panduan yang boleh anda ikuti. 

1. Bersihkan kulit sotong yang meliputi bahagian luar sotong. Sotong dan semua jenis makanan laut tidak perlu di masak terlalu lama kerana ini akan menjadikan sotong liat seperti getah.

2. Jika sotong digunakan di dalam resepi salad, pastikan sotong hanya dimasukkan ke dalam air yang mendidih selama dua minit. Kemudian toskan dan terus masukkan ke dalam air dingin supaya sotong tidak liat.

3. Jika ingin menggoreng sotong, pastikan segala yang ada di dalam perutnya dibersihkan. Kemudian sotong dipotong bulat, digaul dengan serbuk gorengan dan digoreng di dalam minyak yang banyak.

Selamat mencuba!

Crazy of Oat & Choco? New phenomenon in Malaysia

D.I.Y Oat & Choco

Assalamualaikum semua..
Ada terbaca dlm FB, ada org post menyatakan dlm Oat & Wheat ada bendasing 
(kebanyakkannya adalah cebisan kecil plastik). 
Xperlu nak runsing2, kat sini ada cara nak buat Oat ni.. 
Jom kita cuba, try, test.


CARA MEMBUAT OAT MCM YG TERJUAL TU.

Bahan-bahan mentah:

1. Oat
2. Nestum
3. Serbuk koko/Cereal/Wheat
4. Coklat putih (bar)

Kaedah pembuatan:

1 - Sediakan oat & nestum sama banyak (ikut suka nak brp banyak).
2 - Cairkan coklat putih secara double boiler atau kukus.
3 - Satukan nestum & oat dgn menuangkan coklat putih (cair) di dalam bekas.

4 - Jika nak rasa koko/cereal/wheat, masukan juga ikut rasa anda.
5 - Gaul pakai sudu kayu & ratakan adunan dalam bekas yg dilapik plastik.
6 - Sejukkan dlm freezer kurang lebih 3-5minit.
7 - Keluarkan dan potong ikut bentuk yg anda suka!!.

Senang je kan? ape lagi, cubalah utk Ramadhan & Syawal ni!!


p/s: isteri sy ada menjual oat-oat ni.. jika nak rasa, boleh hubungi kami di talian 0163163292.

Sumber: fb

Tuesday, 27 May 2014

Separate egg white from yolk like a PRO

Separate egg white from yolk like a PRO

Watch this video & u will see the different!!


source: Yahoo

Friday, 23 May 2014

[Roti Telur Basuh Mata Kerbau]

[Roti Telur Basuh Mata Kerbau]

Mudah je ni
Hilangkan Tanda Tanya, Cubalah!!

Bahan-bahan utk sekeping roti:

1 keping roti
1 biji telur yg telah dibasuh
1 biji bawang kecil
Garam

Cara penyediaannya:

a. Ambil sekeping roti & ditebuk sedikit (berbentuk empat segi).
b. Tekan sedikit dgn sudu pada bahagian roti yg telah ditebuk tadi supaya ada lekuk dibahagian tengah.
c. Pecahkan telur dah tuangkan telur tersebut dibahagian yg lekuk tadi.
d. Jika nak sedap, taburkan hirisan bawang kecil & garam di atas/sekeliling hujung tepi telur.
e. Bakar roti tersebut didalam ketuhar selama kurang lebih 3-5 minit dgn beralaskan kepingan aluminium.
f. Keluarkan dari ketuhar & hidangkan!!

Selamat mencuba.


[Kek Pisang Sekali Ngap!]
Sedapnyaa!!
Tentu kita teringat akan kek pisang yg kita slalu beli kat kedai. Ape kata kita cuba buat sendiri. 
"Hentikan Tanda Tanya, Cubalah!!"
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh sodabikabonat
3 biji telur
4 biji pisang berangan or 11 biji pisang emas
Cara yg mudah utk menghasilkannya.
- masukkan semua bahan ke dalam blender & blend kesemuanya.
- masukkan dalam 'paper cup'.
- ratakan permukaan semi-solid yang dah blend tadi.
- kukus 10-15 minit.
cuba dulu ye. jika kurang naik, tambahkan sedikit sodabikarbonat.

sumber: fb